Monday, 26 September 2011

Tatabahasa

Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz ( 1996 ) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat tehadap bahasa itu berdasarkan makna.

Sebenarnya banyak teknik yang sesuai yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Guru boleh memilih teknik yang sesuai mengikut tajuk yang akan diajar kepada murid. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah :-
1.  Teknik main peranan
2,  Teknik permainan bahasa
3.  Teknik Nyanyian / lagu
4.  Teknik latih tubi
5.  Teknik bercerita
6.  Teknik kuiz
7.  Teknik sumbangsaran
8.  Teknik simulasi
9.  Teknik soal jawab
10.Teknik drama
11. Teknik dialog
12. Teknik perbincangan

Pilihlah teknik yang sesuai agar murid mudah memahami tentang tatabahasa dan tidak bosan untuk mempelajarinya...

Selamat Mengajar...


No comments:

Post a Comment