Tuesday 17 April 2012




Assalamualaikum.
Lama tak muncul kat blog. Fuhhh...hari ni, dari pagi dah naik angin kat budak, kalau tak jemput, tak masuk kelas, masuk kelas muka mengantuk, seminggu tak masuk kelas, lupa habis semua, dah la suka ponteng sekolah. Mana tak bengang...buku bagi hilang...Aduhaiii...mana la darah tak naik...
Sabarlah wahai hati...

Thursday 2 February 2012


‘Ada orang datang ke pejabat / sekolah dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau pun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat / sekolah hanya memenuhi tanggung jawab.
    ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
    PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada
    KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih
    MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik
    kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
 
   ‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,  
    menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan  
    berfikir yang baik’

Wednesday 1 February 2012


Hari ini jemaah nazir datang ke sekolah untuk pemantauan 'New Deal'. Saya telah ditemuramah oleh dua orang nazir. Dah tentulah jawapan yang diberikan semuanya positif, memang betul pun, yang bestnya sorang nazir tu classmate adik, huh! lagi ramah la sembang, kg dia pun dekat sini jee...Dia kata, mintalah guru cemerlang, nanti dia datang observe. Sorang lagi tu, org Ipoh, sembang rancak juga sbb saya dulu ngajar kat Ipoh.

Harap2 dapatlah, sebab semuanya ok...

Monday 30 January 2012




Apa khabar semua? Lama tak muncul kat blog. Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Minggu ni agak sibuk sebab nazir akan datang ke sekolah saya untuk pemantauan 'New Deal', banyak perkara perlu diselesaikan. Harap-harap esok muncullah mereka sebab hari ni mereka tak datang!

Begitu juga harapan saya untuk markah tugasan dan peperiksaan, harap dapat maintain cemerlang.  Doa dan tawakkal je lah, yang penting saya dah usaha sehabis baik... Aminnn....

Tapiiii...kalau dapat markah sikit, tentu frustkan...

Semoga terus cemerlang...  Terima kasih kepada para pensyarah, walaupun belajar secara maya, sedikit sebanyak bantuan dari pensyarah amatlah bermakna. Terima kasih kepada pensyarah yang memahami situasi kami dan atas bantuan yang diberikan...

Jumpa lagi di semester depan...

Ikhlas daripada  :

Ruzita Shaari
D20102043398
Kump  :  EL-A19




Saturday 31 December 2011


JADUAL PEPERIKSAAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011


TARIKH / HARI


MASA

SUBJEK

14/01/2012
( SABTU )


09.00 PAGI

KPF3012
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


15/01/2012
( AHAD )





09.00 PAGI




02.30 PETANG


KRT3013
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah


KRB3033
Pengantar Bahasa Melayu


Selamat Mengulangkaji!!!   Good luck!

Monday 12 December 2011



Baca  rangkai  kata.

Kuih-muih.
Periuk  nasi.
Kuali  hitam.
Daun  durian.
Mutiara  putih.
Paip  air.
Buah  peria.
Laut  biru.
Buih  sabun.
Duit  saku.
Durian  belanda.
Tupai  jantan.
Buah  tembikai.
Kerbau  balau.
Rantai  berlian.
Bunga  teratai.
Orkid  liar.
Seluar  panjang.
Buaya  tembaga.
Limau  barli.
Beruang  panda.
Anggur  hijau.
Almari  baju.
Nyamuk  tiruk.
Penyu  belimbing.
Tangan  kanan.
Cabai  ungu.
Harimau  kumbang.
Harimau  belang.
Kain  songket.
Telinga  arnab.
Pantai  Cenang.
Pulau  Pangkor.
Wau  bulan.
Petai  padi.
Halia  bara.
Kunyit  hidup.
Nyanyi  merdu.
Naik  unta.
Sauh  kapal.
Main  gasing.
Duit  syiling.
Piala  pusingan.
Gesek  biola.


Baca  ayat.

1.
Kuih-muih  itu  sangat  sedap.
2.
Sonia  beli  periuk  nasi  baru.
3.
Maria  goreng  ikan  dalam  kuali.
4.
Zaitun  dapat  hadiah  mutiara  putih.
5.
Laut  biru  itu  sungguh  indah.
6.
Buah  peria  rasanya  pahit.
7.
Harimau  belang  tinggal dalam  hutan.
8.
Alia  suka  main  buih  sabun.
9.
Zainol  suka  makan  buah  durian.
10.
Buah  tembikai  kuning  itu  manis.
11.
Kerbau  balau  main  lumpur.
12.
Rantai  berlian  kakak  cantik.
13.
Suriati  beli  seluar  panjang.
14.
Bunga  teratai  warna merah  jambu.
15.
Adik  tengok  penyu  belimbing.
16.
Nyamuk  tiruk  sangat  bahaya.
17.
Beruang  panda  datang  dari  China.
18.
Cabai  ungu  ibu  sangat  subur.
19.
Buaya  tembaga  itu  sangat  ganas.
20.
Zamri  suka  mandi  sungai.



Baca rangkai kata.

Kambing  hitam
Kampung  Dusun
Belalang  padang
Kapal  terbang
Kucing  belang
Masjid  Tinggi
Kala  jengking
Pisang  goreng
Payung  kuning
Janggut  datuk
Parang  panjang
Manggis  manis
Kacang  tanah
Mangga  muda
Bawang  putih
Tali  pinggang
Butang  baju
Sarang  burung
Pisang  emas
Kulit  kerang
Daging  lembu
Burung  helang
Burung  merpati
Subang  emas
Pinggan  kaca
Tendang  bola
Hidung  tinggi
Cacing  tanah
Musang  jantan
Bintang  tujuh
Benang  jingga
Pukul  gendang
Sotong  kurita
Kambing  hitam
Loceng  sekolah
Tebing  tinggi
Gunung  kinabalu
Pohon  rendang
Gunting  nenek
Kancing  baju
Kumbang  jantan
Serangga  kecil
Sirih  pinang
Langsir  tingkap