Thursday, 2 February 2012


‘Ada orang datang ke pejabat / sekolah dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau pun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat / sekolah hanya memenuhi tanggung jawab.
    ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
    PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada
    KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih
    MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik
    kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
 
   ‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,  
    menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan  
    berfikir yang baik’

No comments:

Post a Comment