Monday, 26 September 2011

Kad Bacaan

Ini kuda.
Ini kuda Nani.
Kuda ada empat kaki.
Kuda berlari pantas.
Nani sayang akan kudanya.


Ini beca.
Ini beca bapa.
Beca ada tiga roda.
Bapa boleh kayuh beca.
Beca bapa masih baru.





Ini baju Jamal.
Jamal beli baju.
Jamal beli dua helai baju.
Baju Jamal biru dan merah.
Jamal beli baju di kedai Raju. 















Ini ikan emas.
Ikan emas boleh berenang.
Ikan emas hidup di dalam air.
Fatin beli ikan emas di kedai.
Fatin suka bela ikan emas.











No comments:

Post a Comment