Tuesday, 17 April 2012




Assalamualaikum.
Lama tak muncul kat blog. Fuhhh...hari ni, dari pagi dah naik angin kat budak, kalau tak jemput, tak masuk kelas, masuk kelas muka mengantuk, seminggu tak masuk kelas, lupa habis semua, dah la suka ponteng sekolah. Mana tak bengang...buku bagi hilang...Aduhaiii...mana la darah tak naik...
Sabarlah wahai hati...

Thursday, 2 February 2012


‘Ada orang datang ke pejabat / sekolah dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau pun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaAllah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat / sekolah hanya memenuhi tanggung jawab.
    ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
    PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada
    KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih
    MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik
    kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
 
   ‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,  
    menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan  
    berfikir yang baik’

Wednesday, 1 February 2012


Hari ini jemaah nazir datang ke sekolah untuk pemantauan 'New Deal'. Saya telah ditemuramah oleh dua orang nazir. Dah tentulah jawapan yang diberikan semuanya positif, memang betul pun, yang bestnya sorang nazir tu classmate adik, huh! lagi ramah la sembang, kg dia pun dekat sini jee...Dia kata, mintalah guru cemerlang, nanti dia datang observe. Sorang lagi tu, org Ipoh, sembang rancak juga sbb saya dulu ngajar kat Ipoh.

Harap2 dapatlah, sebab semuanya ok...

Monday, 30 January 2012




Apa khabar semua? Lama tak muncul kat blog. Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Minggu ni agak sibuk sebab nazir akan datang ke sekolah saya untuk pemantauan 'New Deal', banyak perkara perlu diselesaikan. Harap-harap esok muncullah mereka sebab hari ni mereka tak datang!

Begitu juga harapan saya untuk markah tugasan dan peperiksaan, harap dapat maintain cemerlang.  Doa dan tawakkal je lah, yang penting saya dah usaha sehabis baik... Aminnn....

Tapiiii...kalau dapat markah sikit, tentu frustkan...

Semoga terus cemerlang...  Terima kasih kepada para pensyarah, walaupun belajar secara maya, sedikit sebanyak bantuan dari pensyarah amatlah bermakna. Terima kasih kepada pensyarah yang memahami situasi kami dan atas bantuan yang diberikan...

Jumpa lagi di semester depan...

Ikhlas daripada  :

Ruzita Shaari
D20102043398
Kump  :  EL-A19