Friday 30 September 2011

Luahan rasa

Assalamualaikum Cik Asmara binti Alias.
Apa khabar? Saya harap Cik sentiasa sihat dan bahagia selalu. Di sini saya ingin memaklumkan bahawa Blog ini adalah hasil usaha saya sendiri. Saya cuba sendiri untuk menghasilkan blog yang menjadi tugasan untuk subjek KRT 3013 ini. Akhirnya, saya berjaya juga.  Namun begitu banyak lagi yang belum saya faham dan cuba untuk buat. InsyaAllah saya akan cuba untuk membuat penambahbaikan blog ini. Saya harap agar mendapat teguran dan bimbingan daripada cik.

Terima kasih...

Upin & Ipin

Membaca Jambatan Ilmu

Tuesday 27 September 2011

Baca petikan dan jawab soalan di bawah.


Ini kucing.
Ini kucing Lina.
Kucing Lina comel dan gebu.

Bulu kucing Lina berwarna kuning.

Lina memberi kucingnya minum susu.

Lina sangat sayang akan kucingnya.

Setiap petang, Lina bermain dengan kucingnya.

Seminggu sekali Lina memandikan kucingnya.
1. Ini gambar apa?
   ......................................................
2. Ini kucing siapa?
   ......................................................
3. Apa warna bulu kucing Lina?
   ......................................................
4. Lina beri kucingnya minum apa?
   ......................................................
5. Pada waktu bila Lina bermain dengan kucingnya?   
   ......................................................





Monday 26 September 2011

Kad Bacaan

Ini kuda.
Ini kuda Nani.
Kuda ada empat kaki.
Kuda berlari pantas.
Nani sayang akan kudanya.


Ini beca.
Ini beca bapa.
Beca ada tiga roda.
Bapa boleh kayuh beca.
Beca bapa masih baru.





Ini baju Jamal.
Jamal beli baju.
Jamal beli dua helai baju.
Baju Jamal biru dan merah.
Jamal beli baju di kedai Raju. 















Ini ikan emas.
Ikan emas boleh berenang.
Ikan emas hidup di dalam air.
Fatin beli ikan emas di kedai.
Fatin suka bela ikan emas.











Terima kasih Cikgu...

Tatabahasa

Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz ( 1996 ) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat tehadap bahasa itu berdasarkan makna.

Sebenarnya banyak teknik yang sesuai yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Guru boleh memilih teknik yang sesuai mengikut tajuk yang akan diajar kepada murid. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah :-
1.  Teknik main peranan
2,  Teknik permainan bahasa
3.  Teknik Nyanyian / lagu
4.  Teknik latih tubi
5.  Teknik bercerita
6.  Teknik kuiz
7.  Teknik sumbangsaran
8.  Teknik simulasi
9.  Teknik soal jawab
10.Teknik drama
11. Teknik dialog
12. Teknik perbincangan

Pilihlah teknik yang sesuai agar murid mudah memahami tentang tatabahasa dan tidak bosan untuk mempelajarinya...

Selamat Mengajar...


Blog Untuk Tugasan KRT 3013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat membina blog sendiri untuk melengkapkan tugasan KRT 3013. Saya harap semoga saya dapat melengkapkan dan mengindahkan lagi blog ini serta dapat menarik minat rakan-rakan lain untuk berkunjung ke blog saya...