Tuesday 25 October 2011


Hadis Nabi S.A.W
Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa perkara yang telah tercatat dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikkan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut disenaraikan di bawah ini.
1.     Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah, akan hal tersebut, jawab baginda, Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        
4.     Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-sama aku ( Nabi SAW ) di dalam Syurga.
5.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya Syurga.
6.     Daripada Aisyah r.a, Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi SAW meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

1 comment:

  1. ilmu yang baik untuk dikongsi bersama dan menambahkan ilmu di dada. caring is sharing....

    ReplyDelete